Isnin, 21 Mei 2012

Warkah Buat Gadis Sholehah




بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wahai Gadis Sholehah…

Dari jauh ku melihat raut wajahmu… tunduk memandang bumi yang luas gerak langkah kaki mu mengingatkan daku akan sebuah kematian.

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan.
Namun kau mampu mengharunginya bersama ladang kesabaran dan ketaqwaan mu.
Meski pun kau dicaci dan dimaki… ditaburi fitnah… namun bersama gunung kesabaran dan benteng ketaqwaan mu, kau mampu mempertahankan kerana diri mu penuh dengan Nur Iman untuk menegakkan jihad diakhir zaman ini.
Bagi mu Al-Quran sebagai hiburan As-sunnah menjadi amalan dan rumah sebagai tempat perteduhan dari tipuan dunia yang penuh dengan kepura-puraan.

Gadis Sholehah..

Disebalik hijabmu terselindung wajah yang penuh dengan Nur.
Hati yang sentiasa mengingati mati. Yang mencintai Allah dan Rasul dan yang taat kepada kedua ibu bapa mu. Kau pertahankan hijabmu meskpun dunia memandang dengan penuh kehinaan, tetapi ketahuilah… sesungguhnya Allah melihatmu penuh dengan kebanggan. kalimah Allah..


Ketika gerak gerikmu ku perhatikan.
Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda, maruahmu yang kau jaga dari sebarang noda dan yang paling melembutkan hati….
tutur bicaramu melambangkan sifat keibuan sejati.
Bila bertemu dengan jejaka yang bukan muhrimmu kau tunduk memandang bumi…
mengingatkan ku tentang firman Allah swt:

“Wahai wanita - wanita yang beriman tundukkanlah pandanganmu apabila terpandang lelaki ajnabi supaya tidak berlaku zina hati dan boleh membawa kepada zina besar" . Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi maha penyayang ,”

Juga meningatkan aku kepada Amirul Mukminin di zaman Rasulullah saw. Siti Aisyah isteri tercinta dan Fatimah puteri tersayang.

Gadis sholehah…..

Kau ibarat permata berharga yang sentiasa digilap….
dibalut dan disimpan ditempat yang selamat.
Kau juga diibaratkan gagak putih yang dikelilingi gagak hitam.


Siangmu sibuk dengan urusan duniawi namun tika malam menjelang, kau perhambakan diri sepenuhnya kepada Ilahi, beribadat… bibirmu berzikir mentilawah Al – Quran, tahajjud , witir dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu, Amalanmu, Hijabmu dan perjuanganmu menegakkan kalimah Allah.

Gadis sholehah….

Sebelum mengakhiri coretanku .. firman Allah swt buatmu…

“ Sesungguhnya perempuan yang sholehah untuk lelaki yang soleh dan yang jahat pula untuk perempuan yang jahat”.

Kekalkan hijabmu hingga keakhir hayatmu …
Kau idaman lelaki beriman.

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah dan wanita solehah itu adalah perhiasan kepada dunia..



Sekian Terima Kasih: Muhammad Riduan

4 ulasan:

  1. terima kasih sebab buat entri nie . bemakna maksud ayat dy untuk muslimah muslimah kat luar sna :)

    BalasPadam
  2. Tahniah...blog yang sangat puitis coretannya...penuh rasa cinta pada yang Esa...terkesima sy membacanya...Tanpa sy sedar air mata jatuh berlinangan tatkala membaca warkah yang menceritakan insan yang bergelar "gadis solehah" n :cerita aku d dia".

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...syukran atas nasihatnya ^__^

    BalasPadam
  4. assalamualaikum wr..wb...
    syukran akhi kta2 yg puitis n nasihatnya jg

    BalasPadam