Sabtu, 12 Mei 2012

Melakar Cinta Di Pintu Syurga


Lihat pada permukaan nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan
Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua

Semuanya terletak dalam hati kecilku
Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi
Ku mohon padaMu Tuhan berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini
Tuhan ku terus berserah berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah.

Hari ini aku mendongak langit,
melihat kekerdilan diri.
Walau aku punya kekuatan untuk bangkit,
itu semua pemberian Ilahi.
Hari ini aku menunduk melihat bumi,
memandang kebesaran Ilahi.
Walau aku memilih untuk membiarkan tanah menyentuh dahi,
itu semua peberian Rabbi

Maka apakah ada hari yang patut aku persiakan?
Semuanya berkait dengan Ar-Rahman.
Dialah yang memberikan kekuatan dan keizinan,
dan aku hanyalah hambaNya yang berusaha melaksanakan.

Aku impikan diriku yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu padaNya
MengasihiNya sepenuh jiwa raga
MencintaiNya sekuat hati.

Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata..
Akibat rindunya aku pada Penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering berbuat dosa
Akibat segannya aku kerana sering menipu kecintaanku padaNya.

Hati ku 
Pabila nama tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang..
Bila disebut azabNnya,
Tetapi tenang semula..

Bila dicerita kasih sayangNya.
Aku impikan diriku yang setiap detik mengingatiNya
Akan nikmatnya yang tidak terhingga
Kerana aku tiada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi.

Aku impikan diriku yang sentiasa bertawakal padaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku
Maha Suci dari menzalimiku
Kerana Dia Penciptaku
Yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif seperti aku
Semoga diri ku sentiasa didalam keimanan yang melakar cinta ke syurga amin ya Robbal alamin

Nurkilan Hati Ku
Sekian Terima Kasih: Muhammad Riduan

1 ulasan: