Isnin, 7 Mei 2012

Sinar Hidayah Mu



Dengarkanlah bicara hatiku ini.. 
meskipun jarak memisahkan, namun tiada noktah kasih.. 
biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin.. 
teruskanlah perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir..


Termenung aku mengimbau masa lalu, 
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.


Menapak aku di bumiMu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.


Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjukMu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,

 Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan CintaMu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurgaMu





Tiada ulasan:

Catat Ulasan