Khamis, 23 Ogos 2012

Cahaya Malam Istiqarah


Aku datang bersujud dihadapan Mu

Sucikan hati  ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana MU dalam hidup ini.

Ya Allah, jika dia bukan pemilik tulang rusuku, janganlah biarkan aku terus merindukan kehadirannya.
janganlah biarkan aku, melabuhkan hati  dihatinya..
kikislah pesonanya dari pelupuk mata ku dan jauhkan dia dari relung hati ku

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang ada didada ini dengan kasih dari dan pada MU yang tulus, murni
dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk ku
ya Allah tolong satukan hati kami
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia sepenuhnya
berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya

Redhai dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan ku
sebagaimana telah Engkau ciptakan

Yakinkanlah dia bahwa aku bersungguh-sungguh mencintai dan rela membahagi suka dan duka saya dengan nya

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doa ku ini
lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak MU

Allah yang Maha kekal, aku tahu bahwa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untuk ku
luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya.

Perhubungan ini mengajarkan aku untuk hidup makin dekat kepada MU untuk lebih peka terhadap suaraMU yang membimbing aku menuju NUR cahaya Mu

Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan

Jadikanlah kehendak MU dan bukan kehendak ku yang menjadi dalam setiap bahagian hidup ini

Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan mengabulkan permohonanku


CERITA AKU DAN DIA
SEKIAN TERIMA KASIH

Jumaat, 6 Julai 2012

Senandung Indah



Anakku..
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. 
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.

Itulah suamimu.
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik, belaka.

-------------------------
Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
dia sedar,
bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.

Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan.


Kawin bukan setakat penutup cerita tetapi penuh dengan tanggungjawab
jalannya baru saja bermula hanya yang tahu makna sahaja bakal mengemudi dengan jayayanya.
Jangan dimula dengan murka ibu bapa dan yang penting DIA

Bermula dengan baik moga akhirnya juga baik kerana barakah itu baik

CERITA AKU DAN DIA
SEKIAN TERIMA KASIH

Sabtu, 30 Jun 2012

Kepulangan ,Untuk Mu Si Gadis Solihah


Jadilah wanita solehah,

kerana wanita solehah wanita yang dihormati.
lelaki tidak berani untuk memperlekeh dirinya, 
Indahnya peribadi fizikal wanita solehah itu
Insya ALLAH peribadi rohaninya juga begitu
dari segi pemakaiannya yang menyejukkan mata.
terlihat kasih sayang kerana ALLAH yang lahir dari dalam dirinya.
Yakin untuk diperisterikan dan yakin dijadikan sbg ibu kepada anak2 mereka
wanita solehah majoritinya mempunyai akhlak yang bersopan santun.

Kadang kala mata ini dikaburi oleh pandangan syaitan
Tapi ALLAH ingatkan aku semula
Tak mengapa tidak dipandang lelaki, 


dimana aku lihat pemakaian2 yang berstyle tu up to date, 
muka yang bermake-up itu cantik
rasa seronok menjadi perhatian ribuan mata lelaki, 
bahagia apabila dipuji-puji

DIA buka mata hati nurani ku
Alhamdulillah aku sedar dari khayalan dusta, 
mana ada yang berfesyen itu cantik,
malah sebenarnye ia mempamerkan segala kelemahan diri!
cantik di mata lelaki yang nakal
tetapi tidak kepada para soleh
jauh sekali dari pandangan ALLAH
Alangkah ruginya kalau ALLAH tidak memandang kita.

kerana wanita solehah itu kan tidak dipandang dan tidak memandang lelaki?
pilihan ditangan kita. 
Bagaimana kita hendak jadidimana kita letak nilai diri kita.



Wanita ibarat bunga
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.
Yang kekal menjadi pujaan manusia,
hanyalah wanita yang mulia akhlaknya.
Kerana akhlaq itu umpama bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. 
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… 
Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya…
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan…
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
tetapi bila dihalusi dengan mata hati, TERNYATA AMAT TINGGI NILAINYA


CERITA AKU DAN DIA 
SEKIAN TERIMA KASIH
















Jumaat, 22 Jun 2012

Pengubat Lara ( Motivasi Dari Al Quran )






Ayat Motivasi Al-Quran

Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu ayat-ayat memberiku semangat
Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama
Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…
biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…
Sahabatku 
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…

“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran  : 58.

Sahabatku yang ku kasihi
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11
“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabatku yang ku rindui
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

Sahabatku
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”– al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 

Sahabatku yang ku kasihi
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Sahabatku
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…


Selasa, 19 Jun 2012

Jendela Hati



Allah itu luas rahmatNya.Tiada tandingan kasihNya,Tiada terlawan cintaNya.
Tiada terkurang sayangNya,Tika iman didada menipis menjunam..
Tika hati ini terasa kontang dan kosong..

Dia datang mendekati..

Mendekati hati yang hampir mati..

Menyelami ke dasar hati ini..
Seakan memahami..
Semacam melindungi..
Mengisi segenap hati ini..
Mewarnai kehidupan aku kini..

Tika diri ini dikaburi samar jahiliyyah..
Tika itulah sinar Hidayah terasa lembut menyapa diri..



YA ALLAH izinkan aku menggantungkan setiap rasa yang kusebut rindu rasa yang menghias Qolbu yang selalu datang di setiap malamku membuyarkan setiap lamunan menangkap bayangan kasih hanya untuk Mu

YA ALLAH Jika memang RINDU ini tak halal untuk dirasakan biarkan aku menadahi setiap titisan air mata ...air mata yang kan kusiramkan dikala kerinduan .Jangan kau biarkan bibir mengucap kata RINDU selain untuk-Mu,Jangan kau biarkan hati ini rasa selain rasa untuk-Mu.angan kau biarkan fikiran ini berfikir berfikir tentang sesuatu selain tentang-Mu.Tapi dengan memohon izinmu aku mengadu biarkan takdirMu datang padaku tunjukkan KasihMu pada hatiKu Bukalah mataku 




ya Allah..
penuhkan hati ini dengan cahaya cintaMu hingga tiada lagi ruang untuk aku menduakan kasihMu.
hingga tiada lagi nama itu terukir dibibirku,hingga tiada lagi rasa itu dihatiku bukan menentang fitrah insani.tapi tak mahu menjebak diri kerna bila cinta makhluk menguasai diri.cinta pada Pencipta kan memudar menyepi,menjauhkan aku dari redha Illahi..tiadalah tenang malah meresahkan hati .mujahadahkan aku sehingga saat itu..sabarkan hati jangan ditakluki nafsu biarkan masa yang menentukan..biarkan semuanya berjalan mengikut rancanganMu.kerna Engkau saja yang maha tahu..jika sudah tertulis pasti bertemu..semoga redhaMu mengiringiku..semoga dia yang terbaik menjadi penemanku.. 





Ahad, 27 Mei 2012

Terangi Kiblat Ku Ya Ilahi (Heart)

Kerna Cinta Ku Iklaskan Segalanya
-----------------------------------------

ya Allah..
sedarkan aku saat aku terlupa.
tunjukkan jalanMu saat aku tersalah.
pelihara imanku jangan biarkan aku..
lindungi aku jangan tinggalkan aku..

kau adalah pilihan cintaku, kerna ALLAH telah menuntun hatiku untukmu. Pertemuan, perkenalan dan ta'aruf kita adalah 'cara-Nya' dalam mempertautkan keinginan dan harapan yang sudah tertanam dalam hati kita, untuk menyempurnakan separuh agama kita, menjalankan sunnah Rasul kita, mengikat hati dan diri kita dalam ikatan yang suci yang bernama PERNIKAHAN. Ikatan yg menghalalkan fitrah cinta dan nafsu dalam diri kita, menjadi berkah dan mengundang ridha-Nya.


Kita adalah dua pribadi yang berbeza, namun perbezaan itu di satukan oleh dasar dan tujuan yang sama. Yang berakar dalam hati kita, hati yang merindukan rahmat dan ridha-Nya, hati yang telah terhijab oleh Iman, dan melaziminya dgn keta'atan dan kepatuhan kita kepada-Nya.
Dua pribadi yang berbeza itu, membuat kita akan saling menjaga, melengkapi dan menutupi kekurangan dan keterbatasan kita sebagai hamba-Nya. Semata karna keinginan kita meraih keridhaan-Nya.


Aku sadari benar, bahwa Iman ku tidak sehebat mana, rapuh serapuh kayu yang reput. biduk yang sedang kita kayuh bersama, berlayar di atas lautan samudera yang setiap saat ada ombak, badai dan gelombang yang akan menghantam. Namun hendaklah itu tidak melemahkan tujuan kita, karna sekali kita lemah dan lengah, maka biduk kita akan terlempar jauh ketepi pantai. Atau  akan mematahkan nya menjadi kepingan-kepingan yang tak berarti.


Jangan pernah bosan mengingatkan aku saat ku lalai, lupa dan alpa. Nasehatilah aku dengan bijak, dan kata-kata yg penuh hikmah. Pekanya hatiku, akan mudah merasa marah, sakit bahkan menangis. Namun jika kau sabar dan lembut, maka kau akan menemukanku bersimpuh di kakimu.


Rumah adalah syurga bagi setiap keluarga, dan dirimu adalah penyeri di dalamnya, dirimu adalah Imam bagiku dan anak2 kita kelak. Maka pimpinlah tangan ku selalu  berjama'ah dalam setiap sholatku, agar rumah yang kita menjadi jannah buat kita.


Meski terkadang kau lelah , tapi janganlah itu membuatmu lelah dalam memenuhi kewajibanmu pada-Nya. Karna ta'at dan patuh atas perintah-Nya harus tetap yang utama, setelah kewajiban kita yang lainnya.
Ingatlah, kelak diriku akan diminta pertanggungan jawab-Nya tentang keluarga ini. Istri dan anak-anak
Maka mari kita bangun Jannah-Nya di bumi Nya yang nyata ini, untuk tempat kita kelak di akhirat-Nya.

YA ALLAH,
Jagalah ikatan hati yang telah Engkau tautkan ini, agar ikatan ini menjadi ladang pahala bagi kami, dalam beribadah dan meraih keridhaan-Mu.

aamiin allahumma aamiin......

Dalam ceria dalam suka cita...
Dalam lindungan kasih sayang-Nya...

Wahai rembulan...
Jadilah peneduh dalam jiwanya yang rindu...
Jadilah pelita dalam jiwa saat ia lara...
Karna dia adalah terbaik yang pernah ada...

Wahai bintang...
Terangilah ia dalam gelap malam...
Dengan kerdip indah cahayamu...

Malam ini takkan pernah kulupa...
Terimalah salam dan do'a...
Dalam rindu selamanya...(Heart)


Wahai ukhti
jagalah hatimu
kerna hati itu mahal sekali
pagari ia tinggi-tinggi
jangan biar ia dicerobohi,
oleh rasa yang datang tanpa disedari,
oleh insan yang tak menghargainya dengan Syariat Ilahi

Wahai ukhti
jangan mudah memberi hati
jangan mudah mengungkap janji
jangan murahkan harga diri
pada dia yang tak mahu menjadikan mu pemaisuri hati
Ketahuilah wahai ukhti
bila hati sudah dicemari
dosa tiada terkesan dihati
maksiat mula sebati dalam diri
hati mula mengeras hilang sensitiviti
baca Al Quran rasa berat sekali

Ketahuilah wahai ukhti,
kelak kamu yang makan hati,
kelak kamu yang merana sendiri,
kerana hati itu sudah jauh dari Illahi,
kerana rasa itu Allah tidak redhai,
kerana rasa itu cuma dibalut nafsu hati.

Wahai ukhti yang disayangi,
jadilah seperti Khadijah,
cintanya agung, menjadi kesayangan Rasulullah.
jadilah seperti Aisyah,
seorang yang bijak, pendamping setia Rasulullah.
jadilah seperti Fatimah,
rasa cintanya terhadap Ali dirahsia, hingga mereka disatukan oleh Allah.

CInta Ku Bersuluhkan Iman Ya Allah KU Pohon DI Sepertiga Malam Mu
Agar Kau Permudahkan DIri KU dalam mengharungi kehidupan
Yang Penuh Cabaran Ini

Nurkilan Hati Ku
Sekian Terima Kasih
: Muhammad Riduan




Sabtu, 26 Mei 2012

Air Mata Keinsafan

Tika jasad duduk berbicara dengan hati..
Terkenang dosa dosa lalu.
Sisa kejahilan dulu, saat hati gelap itu.
Saat dunia lebih menarik minatku.

Saat Al Quran cuma dibaca bila terasa mahu.
Saat alunan muzik lebih menenangkan hatiku.
Saat suruhan Allah bagai cuma angin lalu.
Tiada takut yang menyinggah, tiada gentar yang berlabuh.
Bagai terlupa Izrail kan datang menjemputku.
Bagai terlupa pedihnya azabMu.

Tika jasad duduk berbicara dengan hati..
Terkenang tabarrujku, ikhtilat itu.
Semua dilaku tanpa sekelumit malu.
Dan semua itu menjauhkan aku dariMu.

Pasti Kau kecewa. pasti Kau murka.
Tapi Kau tetap beri nikmatMu padaku.
Tapi Kau tetap selalu ada untukku.
Tapi Kau tetap mengharap ampunan dari hambaMu.

Aku cuma hamba hina. yang terlalu banyak dosa.
Yang hanya celik dimata tapi dihati buta.
Maafkan aku ya Allah!

Syukur aku padaMu
Kau campakkan sinar Hidayah itu
Kau temukan bahagia ketenangan itu.
Kau temukan sahabat yang mengerti rasa di qalbu.
Kau beri nikmat kesedaran itu.
Mentarbiyah diriku, melembutkan hatiku.
Menyedarkan aku, mendekatkan aku padaMu.
Membuat aku mahu perbaiki cara hidupku.

Semoga aku terus bertahan. istiqamah. bukan mudah mahu berubah. terlalu banyak ujiannya. sering saja ada bisikan yang menghasut agar kembali ke lembah jahil itu. bantulah aku ya Allah..

ya Allah..
penuhkan hati ini dengan cahaya cintaMu..
hingga tiada lagi ruang untuk aku menduakan kasihMu..
hingga tiada lagi nama itu terukir dibibirku..
hingga tiada lagi rasa itu dihatiku..
bukan menidakkan perasaan ini..
bukan menentang fitrah insani..
tapi ku tak mahu menjebak diri..
kerna bila cinta makhluk menguasai diri..
cinta pada Pencipta kan memudar menyepi..
menjauhkan aku dari redha Illahi..
tiadalah tenang malah meresahkan hati..
ya Allah..

mujahadahkan aku sehingga saat itu..
sabarkan aku jangan ditakluki nafsu..
biarkan masa saja yang menentu..
biarkan semuanya berjalan mengikut rancanganMu..
kerna Engkau saja yang maha tahu..
jika sudah tertulis pasti bertemu..
semoga redhaMu mengiringiku..
semoga dia yang terbaik menjadi penemanku..

Nurkilan Hati Ku
Sekian Terima Kasih
: Muhammad Riduan