Jumaat, 6 Julai 2012

Senandung Indah



Anakku..
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. 
Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya.

Itulah suamimu.
Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebagai langitmu.
Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat kau jadikan tiangmu.Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya dengan cara yang demikian akan menjadi ia merasa benci padamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau.Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu dari padanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya. Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum,janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik, belaka.

-------------------------
Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
dia sedar,
bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
kerana dia sedar,
dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.

Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan.


Kawin bukan setakat penutup cerita tetapi penuh dengan tanggungjawab
jalannya baru saja bermula hanya yang tahu makna sahaja bakal mengemudi dengan jayayanya.
Jangan dimula dengan murka ibu bapa dan yang penting DIA

Bermula dengan baik moga akhirnya juga baik kerana barakah itu baik

CERITA AKU DAN DIA
SEKIAN TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan