Jumaat, 24 Februari 2012

Cinta Air Mata Tahjjut

TANGISAN DALAM KEPILUAN

Tabahkan hatiku
Menerima semuanya
Menghadapi segalanya
Ujian dariMU 

Tatkala hatiku ditimpa kesedihan
Hanya kepadaMU tempat ku mengadu
Tidak pernah aku meluahkan kepada yang lain
Kerana diriku seorang perahsia

Bukan niat untuk berdiam
Namun hakikatnya tidak ingin membebankan
Biarlah hanya diriku dan ENGKAU sahaja
Yang mengetahui segala rahsia

Terkadang aku menangis 
Pabila diri bersendirian
Dalam kegelapan tahajjud kepadaMU
Memohon kekuatan untuk diri ini
Betapa lemahnya hambaMU ini

Hatiku menangis
Jiwaku merintih
Sanubariku meronta-ronta

Aku cuba untuk menjadi kuat
Di hadapan orang ku cuba sentiasa senyum
Menunjukkan mimik muka yang menyenangkan
Namun sebaliknya diriku dalam kesedihan

Kesedihan ku bukan kerana terbeban
Dengan tanggungjawab yang makin banyak
Tanggungjawab adalah amanah ALLAH
Tidak akan pernah ku sesalkan

Muhasabah cintaku padaMU
Yakinlah ALLAH sentiasa ada untukku
Semoga aku tetap tabah dan kuat
Menghadapi tangisan dalam kepiluan

Nukilan Hatiku,

3 ulasan:

  1. salam alayk~ nice sharing keep it up.!! teruskan menulis kerana DIA.. may ALLAH bless

    BalasPadam
  2. Wa'salam Alhamdulillah Bersyukur saya ke hadrat Ilahi ..

    Terima Kasih Kerana Sudi Kunjung Ke Ruangan blog Cerita Air Mata

    BalasPadam