TANGISAN DALAM KEPILUAN
Tabahkan hatiku
Menerima semuanya
Menghadapi segalanya
Ujian dariMU
Tatkala hatiku ditimpa kesedihan
Hanya kepadaMU tempat ku mengadu
Tidak pernah aku meluahkan kepada yang lain
Kerana diriku seorang perahsia
Bukan niat untuk berdiam
Namun hakikatnya tidak ingin membebankan
Biarlah hanya diriku dan ENGKAU sahaja
Yang mengetahui segala rahsia
Terkadang aku menangis
Pabila diri bersendirian
Dalam kegelapan tahajjud kepadaMU
Memohon kekuatan untuk diri ini
Betapa lemahnya hambaMU ini
Hatiku menangis
Jiwaku merintih
Sanubariku meronta-ronta
Aku cuba untuk menjadi kuat
Di hadapan orang ku cuba sentiasa senyum
Menunjukkan mimik muka yang menyenangkan
Namun sebaliknya diriku dalam kesedihan
Kesedihan ku bukan kerana terbeban
Dengan tanggungjawab yang makin banyak
Tanggungjawab adalah amanah ALLAH
Tidak akan pernah ku sesalkan
Muhasabah cintaku padaMU
Yakinlah ALLAH sentiasa ada untukku
Semoga aku tetap tabah dan kuat
Menghadapi tangisan dalam kepiluan
Nukilan Hatiku,
salam alayk~ nice sharing keep it up.!! teruskan menulis kerana DIA.. may ALLAH bless
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamWa'salam Alhamdulillah Bersyukur saya ke hadrat Ilahi ..
BalasPadamTerima Kasih Kerana Sudi Kunjung Ke Ruangan blog Cerita Air Mata