Sabtu, 26 Mei 2012

Air Mata Keinsafan

Tika jasad duduk berbicara dengan hati..
Terkenang dosa dosa lalu.
Sisa kejahilan dulu, saat hati gelap itu.
Saat dunia lebih menarik minatku.

Saat Al Quran cuma dibaca bila terasa mahu.
Saat alunan muzik lebih menenangkan hatiku.
Saat suruhan Allah bagai cuma angin lalu.
Tiada takut yang menyinggah, tiada gentar yang berlabuh.
Bagai terlupa Izrail kan datang menjemputku.
Bagai terlupa pedihnya azabMu.

Tika jasad duduk berbicara dengan hati..
Terkenang tabarrujku, ikhtilat itu.
Semua dilaku tanpa sekelumit malu.
Dan semua itu menjauhkan aku dariMu.

Pasti Kau kecewa. pasti Kau murka.
Tapi Kau tetap beri nikmatMu padaku.
Tapi Kau tetap selalu ada untukku.
Tapi Kau tetap mengharap ampunan dari hambaMu.

Aku cuma hamba hina. yang terlalu banyak dosa.
Yang hanya celik dimata tapi dihati buta.
Maafkan aku ya Allah!

Syukur aku padaMu
Kau campakkan sinar Hidayah itu
Kau temukan bahagia ketenangan itu.
Kau temukan sahabat yang mengerti rasa di qalbu.
Kau beri nikmat kesedaran itu.
Mentarbiyah diriku, melembutkan hatiku.
Menyedarkan aku, mendekatkan aku padaMu.
Membuat aku mahu perbaiki cara hidupku.

Semoga aku terus bertahan. istiqamah. bukan mudah mahu berubah. terlalu banyak ujiannya. sering saja ada bisikan yang menghasut agar kembali ke lembah jahil itu. bantulah aku ya Allah..

ya Allah..
penuhkan hati ini dengan cahaya cintaMu..
hingga tiada lagi ruang untuk aku menduakan kasihMu..
hingga tiada lagi nama itu terukir dibibirku..
hingga tiada lagi rasa itu dihatiku..
bukan menidakkan perasaan ini..
bukan menentang fitrah insani..
tapi ku tak mahu menjebak diri..
kerna bila cinta makhluk menguasai diri..
cinta pada Pencipta kan memudar menyepi..
menjauhkan aku dari redha Illahi..
tiadalah tenang malah meresahkan hati..
ya Allah..

mujahadahkan aku sehingga saat itu..
sabarkan aku jangan ditakluki nafsu..
biarkan masa saja yang menentu..
biarkan semuanya berjalan mengikut rancanganMu..
kerna Engkau saja yang maha tahu..
jika sudah tertulis pasti bertemu..
semoga redhaMu mengiringiku..
semoga dia yang terbaik menjadi penemanku..

Nurkilan Hati Ku
Sekian Terima Kasih
: Muhammad Riduan

5 ulasan:

  1. Assalammualaikum
    saudara dan saudari yang saya hormati terima kasih kerana sudi hadikan diri ke cerita akn dan dia..

    saya memerlukan komen anda kerja saya dan bantuan anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

    BalasPadam
  2. subhanallah...teruskan mujahadah..mski kini terasa pahit,,tetapi yakinah di hjg sana pasti ada kemanisannya...

    BalasPadam
  3. Cahaya malam istiqarah....amat mengharukan...sama mcm apa yang saya alami
    sgt menusuk kalbu

    BalasPadam