Selasa, 3 April 2012

‎"Yang Tertutup Itu Indah "



Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya hingga pergelangan"


Berdasarkan sabda Rasuluallah di atas, faham lah kita bahawa setiap perempuan yang telah cukup umur, wajiblah ke atas mereka untuk menutup aurat iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan juga kedua tapak tangan. SUBHANALLAH, begitu istemewanya menjadi seorang wanita kerana tidak ada sesiapa yang di benarkan melihat perhiasan mereka kecuali kepada orang yang di halalkan di dalam Islam.


Tetapi, pada masa kini, banyak yang telah berubah. Kebanyakkan mereka sudah tidak mengikut kehendak yang telah di tetapkan di dalam Islam iaitu cara-cara menutup aurat dengan betul. Alangkah ruginya diri jika perkara-perkara seperti ini berlaku kepada kita kerana setiap apa yang di tetapkan di dalam agama kita pasti ada hikmahnya yang pasti tidak akan mensia-siakan kita semua.


Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri2 mu, anak2 perempuan mu serta para wanita kaum beriman agar mereka menghulurkan jilbab2 mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tdk diganggu org. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Hazab : 59)

PandanganMu Wahai Wanita Tidak Melihat Kepada Lelaki Dan Lelaki Tidak Melihatnya
Sesuatu Yang Tertutup Itu Lebih Berharga Jika Dibandingkan Dengan Yang Terdedah
Umpama Sebutir permata
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan