Isnin, 2 April 2012

♥ Hayatilah wahai mukminin ♥

Hayatilah wahai mukminin 

Lelaki idaman mukminat... 
ialah lelaki yang sibuk mencari cinta 
bukannya cinta manusia 
tetapi cinta agung dari Yang Esa. 

Lelaki idaman mukninat.. 
ialah yang sentiasa mengharamkan pandangan matanya 
daripada melihat wanita yang tidak halal baginya 
dia senantiasa sibuk mencari pandangan rahmat Illahi. 

Lelaki idaman mukminat.. 
sentiasa sibuk mencari bekal menempuh hari perhitungan 
sentiasa sibuk mempertingkatkan amalan 
sentiasa cuba bertaqarrub kepadaNYA. 

Lelaki idaman mukminat.. 
bila berjalan dia menundukkan pandangan 
bila berbicara dia berhikmah 
bila bersendiri dia dengan Allah. 

Lelaki idaman mukminat.. 
menikahi saya bukan kerana memenuhi nafsunya 
menikahi saya kerana memenuhi tuntutan agama 
memelihara saya dengan sebaiknya. 

Lelaki idaman mukminat.. 
yang mampu membimbing saya ke jalanNya 
bila saya tersasar dia menyedarkan saya 
membantu saya dalam mendidik zuriat yang soleh dan solehah. 

Lelaki idaman mukminat.. 
bukanlah gagah bagai perwira 
mempamerkan kuasa untuk dimegahkan tetapi dia 
tunduk tawaddu' kepada Allah yang MAHA PERKASA. 

Lelaki idaman mukminat.. 
wujudkah ia? 
Ya Allah, jadikan kami sebaik Siti Fatimah 
agar kami mampu beroleh suami sebaik Saidina Ali 
bukan dalam dunia fantasi tapi dalam realiti yang pasti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan